ONE DIRECTION




aku adalah DIRECTIONER :) peminat 1D !! semua orang yang kenal aku mesti dah menanah telinga bila aku cerita pasal group ONE DIRECTION nyh . haha tahu tak semua lagu dorang tak kira yang baru ke yang lama ke semua aku download. dalam laptop nyh semua penuh lagu 1D jekk . lagu lain memang tak de lahh . haha video dorang pun sekali aku download. dorang comell sangat . hewhew :P 

group 1D ada 5 orang kan?? they are LOUIS TOMLINSON, ZAYN MALIK, LIAM PAYNE, HARRY STYLES and NIALL HORAN. 


alahhh semua orang tahu. peminat dorang seluruh dunia kott . merata dorang pergi berjuta juta peminat dorang. sampai tak terlayan pun. aku memang berangan jekk nak jumpa dorang nyhh. memang bermimpi jek setiap malam. haha ntah bila lahh mimpi aku nak jadi kenyataan. agak agak boleh jadi kenyataan ke?? haha *merepek kan?? hahaha tapi 1D memang tak boleh dipisahkan lagi dalam hidup . cehhhh ! start dorang masuk X- FACTOR aku dah mengadap muka dorang . serious ! dorang aku tgok dah macam adik beradik. bak kata liam "I LOVE THE BOYS LIKE MY BROTHER" ohhh giler sweet ! tuu lah ayat yg keluar daripada mulut daddy 1D nyh . haaaa! semua moment dorang sangat best :))


~ I LOVE ONE DIRECTION ~

STOP YOUR DREAMING

are you still in your dreaming?
dreaming about your frog prince,
dreaming about your puppy love,
and its making you unfocussed in your life.

are you still in your dreaming?
his voice is making you crazy,
it is blown by the wind,
to the depth of your heart.

are you still in your dreaming?
wake up! wake up! wake up!
from your fake dreaming,
life must go on like Jack and Rose.


SELAMI HATI KITA


semua orang tahu perempuan kaum yang lemah, yang lemah-lembut atau yang baik hati. tapi tak semua perempuan macam tu. perempuan yang betul betul ikhlas tak pernah menunjuk dirinya sebagai yang terhebat daripada perempuan lain. kesempurnaan perempuan sebenarnya terletak pada hati dan nalurinya. perasaan perempuan juga mudah tersentuh. semua perempuan memerlukan seorang perlindungan untuk dirinya. tapi macam mana perlindungan itu boleh hadir tanpa mengetahui perasaan perempuan ?? perempuan tak akan mengatakan tentang perasaannya kepada pelindung idamannya itu.. tapi perwatakan, percakapan, perlakuan dan pandangan mata perempuan cukup jelas menyatakannya. terpulang pada lelaki bagaimana untuk memahaminya....

dari perwatakan, perempuan itu akan sentiasa menjaga perlakuan tidak kira dengan siapa sahaja. ada juga sesetengah perempuan hipokrit. dia berlagak baik depan orang yang disukainya tapi dibelakang sikapnya amat bertentangan. benda tu hanya untuk mengaburi mata jejaka pilihanya sahaja. 

darin percakapan, percakapan perempan lebih terjaga. tak kan ada perkataan kesat yang dikeluarkan. pandangan mata yang selalu digunakan perempuan untuk memikat pelindung pilihanya. pandangannya redup dan matanya tepatke mata si dia bila mereka betembung. tapi ada juga perempuan yang malu untuk bertentang mata. kalau nak tahu tentang hati perempuan cubalah mengenali dirinya...bhati perempuan memang tulus. tapi mudah tersentuh. perempuan takkan meluahkan perasaan dia pada orang yang dia suka. ia hanya tersimpan dalam hati sehingga si dia yang mengatakan perasaan dia ke perempuan itu. banyak lagi tentang perempuan yang lelaki perlu tahu dan banyak lagi yang lelaki tak pernah tahu.


jadi selamilah hati perempuan dengan KEIKHLASAN, KEJUJURAN dan KESETIAAN :) bila bicara dengan perempuan bicaralah dari hati ke hati.....

KISAH YANG MENJADI IMPIAN

SETIAP LANGKAHKU, SETIAP DENYUT JANTUNGKU, HANYA UNTUKMU...

kisah seorang wanita yang amat mengasihi kekasihnya,
sebelum dia mengenali kekasihnya, dirinya bagaikan insan kosong yang tak punya apa apa. walaupun dia adalah anak orang kenamaan tapi hidupnya ibarat kertas kosong yg tidak bercorak . setiap hari membeli belah, keluar bersama rakan-rakan malah apa sahaja yg diinginkan mudah diperoleh. tapi dia berasa yang itu semua tidak dapat memuaskan hatinya . "apa lagi yg aku inginkan, sedangkan semuanya aku ada? " persoalan yg sentiasa bermain di mindanya. 

seorang lelaki yg dikenali secara tidak sengaja itu yg telah banyak merubah hidupnya, lelaki itu yang banyak membantu, yang sentiasa memberi nasihat dan membimbingnya ke arah kebaikan untuk lebih mendekati kepada Maha Pencipta. lama kemudian mereka saling merasakan kasih sayang antara satu sama lain. mereka mula menjadi pasangan kekasih. mereka tidak risau untuk bercouple kerang lelaki itu benar-benar berniat untuk memperisterikan wanita itu jika mereka telah ditentukan bersama. wanita itu sungguh mengasihi kekasihnya begitu juga dengan kekasihnya. 

bertahun menyulam rasa cinta, dengan tiba-tiba kekasihnya pergi untuk menyambung pelajarannya ke luar negara. berat hatinya untuk melepaskan kekasihnya pergi, tapi apakan dayanya untuk menghalang kerana itu adalah impian dan cita-cita kekasihnya. sebelum berangkat, kekasihnya menitipkan pesanan kepada wanita itu sepanjang ketiadaannya disini.

1. pelihara solat
2. pelihara maruah dan peribadi muslimah
3. bnyakkan berzikir selepas solat
4. lakukan solat duha
5. solat tahjud bila terjaga dari tidur
6. ingatlah Allah bila susah dan senang

menitis airmatanya bila kehilangan orang yg disayangi. pasti tidak tertahan rinduya kepada kekasihnya itu. dia berpura-pura kuat dihadapan kekasihnya kerana tidak mahu kekasihnya berasa bersalah dan berat hati untuk pergi. dia menjadi lebih kuat apabila kekasihnya memberi kata-kata terakhir yg dipercayainya 
  
 "sayang, insyaAllah jika tertulis jodoh kita bersama, sejauh manapun kita terpisah kita tetap bersama"

hatinya redha. dia bejanji pada dirinya akan sentiasa pelihara dirinya sebagai muslimah yg baik yg sentiasa mengikut perintah Allah dan menjadi insan yg berguna kepada ibu bapa. segala pesanan kekasihnya itu sentiasa dalam ingatan dan menjadi amalan setiap hari harinya. hatinya menjadi lebih tenang dan berasa dirinya kini lebih puas. kekasihnya sentiasa berada dalam doanya.

* mungkinkah ada lelaki seperti kekasihnya itu? yang mampu mengubah kekasihnya menjadi lebih baik. 

LELAKI SEPERTI ITU ADALAH IMPIAN SETIAP WANITA UNTUK MENJADI IMAM DALAM SOLATNYA :) 

wanita tidak memerlukan lelaki yg sempurna. cukup lelaki yg mampu menjadi IMAM nya.