sekarang nih panas sangat rasanya kan ? matahari sikit punya terpacak atas kepala walaupun kau duduk dalam rumah . bahang nya tetap kau dapat rasa . kipas atas bawah depan belakang pun rasa macam tak ada guna bila dia mengeluarkan angin beserta bahang nya sekali . jadi kau boleh lempar kipas kat rumah kau tu dalam peti sejuk , bagi dia sejuk sikit . rumah yang ada aircond tuu sedap lah kau kann . aku nih duduk rumah papan beratapkan nipah jek . mana mampu nak beli aircond bagai .
dok aku boring boring mengipas diri sambil pikir apa yang akan jadi dalam diri aku pada masa akan datang . tetiba tergerak hati nak update balik blog ni haaa . dah berasap dah blog aku nih . okay , berbalik pada tajuk blog aku nih bukan aku nak pergi dunia lain macam dunia bunian ke hape ke . mohon jangan fikir yang bukan bukan . dunia baru aku nih bermaksud dunia menjadi PELAJAR MATRIKULASI .
apa lah agaknya jadi kat aku nanti kan? tapi aku tahu matrik kene struggle bila belajar . dia kan setahun je . mohon korang doakan aku berjaya ye :) nanti aku belanja korang lolipop sorang sebatang ehh . korang cakap je nak perisa apa , nanti aku tolong tentukan korang punya perisa apa . sekarang nihh aku tengah sibuk sibuk kemas baju , beli barang keperluan secukupnya . banyak kerja yang kene buat dan banyak belanja . habis duit aku . aku rasa dalam bank pun dah togel lah . mungkin hanya tinggal dalam 20 sen . banyak kali dok sodok kat dalam mesin atm tuu . aku rasa kalau mesin tu hidup dah lama aku kene terajang padu . tak reti nak amik sekali gus terus . nak amik ciput ciput . menyusah kan betul aku ni kan .
dalam hati aku ni tak ada perasaan lain selain berdebar dengan takut . jantung aku bukan main laju lagi bila aku terbayang bayang KMP tu . macam baru lepas kene kejar dengan lipas . kat sana mesti aku kene pandai biasa kan diri dengan suasana kat sana . tapi kalau aku ada geng dari johor best jgak . tak ada lah aku rasa janggal je , nih tak ada sapa pun yang sama tempat dengan aku . *menangis sambil cangkung bawah meja*
aku pergi sana bawak harapan ibu ayah , keluarga , cikgu cikgu , orang kampung . jadi aku kene buat yang terbaik ! orang lain boleh asal aku tak boleh kan ? dorang pun manusia macam aku jgak . ada kaki ada tangan ada otak . cuma saiz kebesaran lubang hidung yang membezakan aku dengan dorang . pesan ibu dengan ayah
"belajar selagi mampu , jangan leka , pandai pilih kawan dan jangan terpengaruh dengan kawan yang tak baik"
haaa ! baik punya pesanan . kene ingat nih . rugi aku kalau tak belajar betul betul kat sana . dah berhabis duit , tenaga , masa aku nak siapkan semua barang dengan persiapan kalau aku main main korang diberi keizinan untuk baling aku dengan microphone . boleh aku menyanyi nak hilangkan stress walaupun suara aku nih sesedap dan semerdu macam najwa latif .
kesimpulan daripada bebelan aku yang tak masuk akal dan tak diterima akal nih . aku kene lah belajar sungguh sungguh . kesian ibu ayah dah susah payah tolong aku selama nih . jadi pada kesemua manusia mahupun bukan manusia ingatlah bahawa KITA BOLEH MELAKUKAN , WALAUPUN BANYAK RINTANGAN KERANA TUHAN AKAN MENDUGA HAMBANYA SETANDING DENGAN KEUPAYAAN KITA . *ayat aku buat sendiri sebab nak sedapkan hati*
okay . aku nak bergerak dari depan lappy aku ni sebab dah ramai yang bersiap sedia nak lempar aku dengan kasut dorang . mohon ampun semua . byee !
disini juga ku memohon beribu ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini
setiap apa kata kata atau perlakuan yang tidak disenangi harap dimaafkan seikhlasnya
ku mohon jua doa dan restu dari semua sepanjang pengajian ku disana
ku bawa segala kenangan terindah disini semasa keberadaan ku disana
ingatlah diriku sepanjang ketiadaan ku
ku akan mengingatimu selalu
salam sayang buat semua
Assalam