assalamualaikum
okay blog aku nih memang dah bersawang habis, segala daun kering semua dah menggunung dah minta disapu . sejak dua tiga menjak aku dah sambung study nih aku dah jarang nak online apatah lagi nak merajinkan diri menaip untuk meng-update blog nih .
pejam celik pejam tak celik celik aku dah nak habis sem kau tahu?! apa maknanya ? maknanya FINAL EXAM dah menyeru woyyy ! hiyoyo . malam malam buta nih aku luangkan lah sikit masa aku yang ada saki baki ni nak meng-hapdate blog . tak de lah benda alah yang sama je kau baca . *belagak macam ada orang yang nak ziarah blog aku*
okay , pada mulanya hidup aku kat matrik nih okay je . tekanan tak terasa sangat . okay okay jelahh . roomate aku semua okay je. kau tak terasa nak kenal ke sapa roomate roomate aku yang hok comey comey tu ? kalau kau rasa nak muntah dengan mudah kau terus baca. kalau kau rasa kau yang paling comel kau baleh pergi kedai runcit beli cermin. daripada kau dok semak baca blog aku yang makin lama makin nak mengarut ni , lebih baik kau pergi cermin muka kau . lagi baik .
haa balik pada ceita , aku akan kenalkan roomate aku pada next post. kau pernah rasa duduk kat matrik ? lebih baik tak payah rasa . mula mula aku rasa heaven jgak ah. tapi lama lama jangan mimpi kau nak bermimpi sambil goyang goyang kaki makan lolipop . tak sempat kau nak buat kerja lain. lebih kurang tiap tiap minggu ada exam, tak exam ada kuiz. hah mengadap exam dgn kuiz jelah kau kat sini .
struggle tu benda penting. tapi mula mula aku kat sini pun relex jgak . ajet ajet macam aku dua tahun je kat sinikan. padahal setahun jek . tak sedar diri langsung . nih result UPS(UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER) dah keluar baru lah aku dok insaf . sekarang barulah aku nak belajar lebih lebih sikit . kalau tak apa nak jadi dengan final result aku kan . nak jadi apa aku kalau kene tendangan maut dari matrik nih . malu jek balik rumah sorong beg nangis nangis sebab kene tendang kann . jadi cara paling terbaik kenelah struggle betul betul .
bila ibu ayah call , mesti tanya aku okay ke tak . boleh teruskan ke tak . ibu pernah tanya boleh bawak tak semua subjek. kalau tak ibu kata keluar jek . masuk lah mana mana pun . tapi bila aku pikir balik , kalau nak keluar guna duit lagi. nak masuk matrik nih je pun guna banyak dui . sampai naik botak ayah aku cari duit . takkan aku nak sia sia kan macam tu jek . memang penampar makannya . haha
sekarang pukul berapa ? kau jangan cakap sekarang puku; 2 pagi ke , 9 pagi ke , 5 petang ke ehhh ! aku jentik gigi kau laju laju karang . aku hapdate blog nih tengah tengah malam okay . sekarang nih dah pukul 12 malam . aku nih duduk hostel , jam cecah 12 jek dah macam macam dalam kepala hotak aku nih berfikir . karang ada yang tak pergi kelas akibat tidur tak cukup kerana mengalami gangguan miteri .
nanti ada masa aku update lah lagi . bagi kemas, buang segala sampah sarap , daun daun kering , lampin pakai buang, sawang sawang yang pernah tinggal dalam blog aku nih . apa apa pun doakan lah aku untuk final exam nih .
okay byee readers :) SELAMAT MAJU JAYA