TAK KENAL MAKA TAK CINTA

assalamualaikum...

masuk hari ni dah masuk seminggu aku cuti sem. maknanya aku dah selamat menghabiskan sem1 aku dekat KMPh tuu. haa, sebelum aku mula nak merepek conferm ada orang yang dah sedia nak baling meja besi kat aku kan kan ?? sebab nyaa aku cakap haritu nak post pasal roommate tapi sampai sekarang tak post post lagi. haha , okay SOLLLYYYYY okayyyy, mueehehe.... nihh nak cerita lah nihh. meh duduk sebelah aku mehh . jangan lupa bawak keropok moni, pisang goreng semuaa. boleh makan sambil baca post aku. agak agak tak best boleh baling semua makanan tuu kat blog aku nih. berguna jgak. 

haaaaacuummmmmm......... *tebersin pula*

dalam satu bilik terdiri daripada 4 orang. kesemuanya adalah perempuan. tiada lelaki. asal kami daripada negeri yang berbeza iaitu SELANGOR, KEDAH, KELANTAN dan aku JOHOR. mari mulaaa kan...


NUR SYAZWANI BINTI SHAMSUL



ni wani, dia drpada selangor. dia nih paling gedik dalam bilik, dah tu kuat makan. haha dia sama corse dengan aku (akaun), jadi aku selalu belajar dengan dia dalam bilik.dia pandai !! wani memang suka bukak pintu bilik, dia kata panas, yang aku pulak tak suka bukak pintu. pintu je modal aku nak bergaduh dengan si wani nih. haha caring itu sifat utama dia. semoga wani dapat capai impian  wani :) love you :*


NUR JANATUL LIANA BINTI MOHD JEFFRI


ni jannah, daripada kedah. orang pertama aku jumpa masa mula mula masuk bilik dan dia orang pertama juga yang tegur aku masa mula mula sampai. nak tergelak bila ingat masa semua mula mula sampai. haha jannah budak sains, pandai math dengan bio. dia agak kuat membebel dalam bilik, sifat dia lebih tegas. dia selalu kejut aku solat subuh setiap hari. haa paling penting, dia penakut, pernah aku buat dia nangis sebab tunjuk gambar hantu . muahahaha sayanggg jannah :*


NUR AMANINA BINTI ZAINUDDIN


nina daripada kelantan, dia paling lambat masuk bilik sebab dia second intake.(PDT) . nina agak garangg, dan aku agak takut dengan dia. tapi hari hari tidur dengan dia sebab katil kitaorang sebelah sebelah. haha aku dengan nina satu kepala yang suka melepak, suka tidur awal and suka bangun lambat. lagi lagi masa cuti. kalau si wani dengan jannah tak kejut memang ke petang lah jawab nya kitaorang tidur. hahaha anyway, best dapat kenal nina. love you :*



itu lah serba sedikit tentang roommate aku.. malas nak cerita panjang lebar, penat nak taip. dah banyak sangat typo yg ada.. alahh cerita p[anjang panjang pun korang tetap tak kenal. okay sekarang aku dah cerita.. aku nak mandi. hehe 

baik aku beransur dulu sebelum aku dilempar dengan pisang goreng yang dah benyek tuu. hahaha 

byeeeee ! muahh muahhh :*


No comments:

Post a Comment