RUGBY GUY

Assalamualaikum...

untuk post hari nih, aku nak cerita tentang seorang manusia yang aku minat dalam diam, aku tak tahu lah apa yang korang akan rasa bila baca cerita aku ni. kalau bosan kau pergi lah buat kerja lain, kau pergi makan ke, main game ke, tgok tv sambil korek taik hidung pun okay jgak daripada korang terus hadap blog aku . berguna jgak waktu korang.

dia aku kenalkan sebagai rugby guy dan nama aku rahsiakan. aku mula kenal dia dekat matrik. dia satu kuliah dengan aku tapi tak sama praktikum, haruslah tak sama.. kalau tak sama memang jauhh sekali aku nak minat. sebab aku tak suka minat someone yang sama kelas. susah.. and dia tak sama kelas dengan aku. hehe post aku kali nih khas untuk rugby guy aku yang paling macho ! hewhew 

wahai rugby guy.... bacalah post saya ni walau hakikatnya awak takkan baca... *sobsob menangis bawah meja*

awak tahu saya minat awak? awak tak tahu dan awak takkan tahu sebab saya minat awak dalam diam. saya takkan sesekali bg tahu awak yang saya minat awak. tapi..... awak nak tahu tak macam mana saya boleh minat kat awak, rugby guy? okay demi awak saya refresh balik semua memory saya yang dah banyak sangat masuk virus. mula mula saya tak kenal pun awak, dalam kuliah pun saya tak perasan sangat awak. nampak awak pun macam tu je. macam nampak tak nampak. tapi saya sendiri tak tahu macam mana tiba tiba saya terpandang awak masa awak masuk kuliah. dalam kuliah saya selalu tengok awak dari atas. awak tak perasan kan? tahu.. sebab awak kat bawah. hahaha

saya tak tahu mana saya nak mula. banyak sangat yang saya nak cerita. saya tak tahu nama awak masa tu, tapi saya tahu awak sama praktikum dengan kawan saya, jadi saya tanya dia nama awak. saya tgok dekat kertas attendence nama awak dengan no matrik. ehhh! awak jangan salah faham dulu, saya tak de lah sampai psiko sangat. saya ingat no matrik awak sebab bila ada group saya akan tengok awak group mana. sama dengan saya tak. kelas malam akaun je awak sama dengan saya. yang lain tak sama. okay ada jgak yang sama. saya tgok awak rajin, selalu datang kuliah, rajin tanya lecturer dalam kuliah,awak pandai, pandai present. saya tgok tu semua awakk. 

awak player rugby. awak tahu kenapa saya lagi minat awak? sebab saya memang suka tgok orang main rugby and saya memang suka player rugby. saya tak sangka yang awak player rugby. then, bila saya tahu. bahagia saya rasa. hahaha. kadang kadang waktu petang bila saya jalan jalan riadah saya akan duduk jauh jauh, tgok awak main rugby. saya tengok awak dengan kawan kawan awak semua main rugby. tak mungkin awak perasan saya. kadang kadang saya tersenyum sorang sorang tengok awak main rugby. gilaa okay. haha

awak,
awak tahu, sampai sekarang saya minat awak? saya berharap awak tahu. tapi itu takkan berlaku. awak tak kan tahu. sebabnya awak pun tak kan perasan saya. awak nak tahu? ada satu perkataan je yang awak pernah cakap dekat saya "SORRY" . perkataan tu yang awak cakap kat saya. hanya itu ! satu perkataan ! tapi tuu dah cukup buat saya tersenggeh macam kerang busuk macam monyet dapat pisang. bersepah saya lari keluar kuliah sebab saya tak tahan nak tersenyum bila awak cakap kat saya. sebab saya selalu ingat yang kita tak kan pernah ada conservation. suka okay suka. haha

saya adalah follower awak kat twitter. tanpa sempat berfikir saya terus follow awak bila saya perasan twitter awak. and tak sangka awak follow balik. hehehe mungkin awak follow saya balik sebab kita sekuliah and kita satu matrik kot. ehhhhhhh ! kalau macam tu awak pearasan saya lahh selama nih??! serious?? ohhh bahagia. tapii kalau takk , tak pee. *tolong jangan unfollow saya lepas baca posy ni* saya on twitter nampak post awak. hati rasa macam nak reply jeeeeee. tapi bila tangan nak taip, sumpah menggigil macam pakinsen. jantung sikit punya laju berdegup macam kene kejar beruk gila bawak penyapu. 

awak, saya tak rasa yang saya akan terus minat awak. saya tak ada perasaan dekat mana mana lelaki dekat matrik tu mungkin sebab saya minat awak. awak je yee. haha kawan kawan saya tahu saya minat awak. pernah hana suruh saya bagitahu awak yang saya minat awak. tapi saya takkan bagitahu. biarlah saya minat awak dalam diam. tu lebih baik mungkin.... saya takut, bila saya bagitahu awak, akan buat awak jadi occured bila nampak saya. mungkin awak jadi tak suka saya and mungkin awak akan cakap saya nih sewel. banyak mungkinnyaaa. jadi lebih baik awak tak payah tahu. saya tak malu awak pulak tak sakit hati. dua dua bahagia. yeayyyyy! 

lepas nih awak jangan dengar kalau ada sesapa yang bocor kan rahsia saya minat awak ni. kalau ada orang bagitahu awak yang saya minat awak tu semua tipu tau. jangan dengar! sebab saya hanya minat awak dalam diam dan tak kan menzahirkan. INGAT !!!! AMARAN NIIII ! JANGAN DENGAR ! hahaha

okay , otak saya dah kering penat saya perah nak cerita pasal awak ni. dah jadi kecik otak saya. 

*ini merupakan satu naskah luahan perasaan mahupun luahan rasa yang terpendam. blog ini rasa hati aku yang aku mampu luahkan bukan dengan orang sekeliling. tolong hormati rasa hati ni yang sukar diramal.

RUGBY GUY :

RUGBY
TOUGH
TINGGI
MACHO
BERGAYA




okay sudah sudah melayan perasaan. kaki aku dah naik kebas jari aku pun dah nak cram. korang pun mesti dah tahan nafsu amarah korang sebab aku cakap punya merepek dari awal sampai akhir. tolong jangan baling aku dengan cekodok basi. aku beredar sekarang juga. 

okay bye readers ! 

note: tak kan ada perasaan bahagia jika tiada hati yang indah


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

assalamualaikum...

masuk hari ni dah masuk seminggu aku cuti sem. maknanya aku dah selamat menghabiskan sem1 aku dekat KMPh tuu. haa, sebelum aku mula nak merepek conferm ada orang yang dah sedia nak baling meja besi kat aku kan kan ?? sebab nyaa aku cakap haritu nak post pasal roommate tapi sampai sekarang tak post post lagi. haha , okay SOLLLYYYYY okayyyy, mueehehe.... nihh nak cerita lah nihh. meh duduk sebelah aku mehh . jangan lupa bawak keropok moni, pisang goreng semuaa. boleh makan sambil baca post aku. agak agak tak best boleh baling semua makanan tuu kat blog aku nih. berguna jgak. 

haaaaacuummmmmm......... *tebersin pula*

dalam satu bilik terdiri daripada 4 orang. kesemuanya adalah perempuan. tiada lelaki. asal kami daripada negeri yang berbeza iaitu SELANGOR, KEDAH, KELANTAN dan aku JOHOR. mari mulaaa kan...


NUR SYAZWANI BINTI SHAMSUL



ni wani, dia drpada selangor. dia nih paling gedik dalam bilik, dah tu kuat makan. haha dia sama corse dengan aku (akaun), jadi aku selalu belajar dengan dia dalam bilik.dia pandai !! wani memang suka bukak pintu bilik, dia kata panas, yang aku pulak tak suka bukak pintu. pintu je modal aku nak bergaduh dengan si wani nih. haha caring itu sifat utama dia. semoga wani dapat capai impian  wani :) love you :*


NUR JANATUL LIANA BINTI MOHD JEFFRI


ni jannah, daripada kedah. orang pertama aku jumpa masa mula mula masuk bilik dan dia orang pertama juga yang tegur aku masa mula mula sampai. nak tergelak bila ingat masa semua mula mula sampai. haha jannah budak sains, pandai math dengan bio. dia agak kuat membebel dalam bilik, sifat dia lebih tegas. dia selalu kejut aku solat subuh setiap hari. haa paling penting, dia penakut, pernah aku buat dia nangis sebab tunjuk gambar hantu . muahahaha sayanggg jannah :*


NUR AMANINA BINTI ZAINUDDIN


nina daripada kelantan, dia paling lambat masuk bilik sebab dia second intake.(PDT) . nina agak garangg, dan aku agak takut dengan dia. tapi hari hari tidur dengan dia sebab katil kitaorang sebelah sebelah. haha aku dengan nina satu kepala yang suka melepak, suka tidur awal and suka bangun lambat. lagi lagi masa cuti. kalau si wani dengan jannah tak kejut memang ke petang lah jawab nya kitaorang tidur. hahaha anyway, best dapat kenal nina. love you :*



itu lah serba sedikit tentang roommate aku.. malas nak cerita panjang lebar, penat nak taip. dah banyak sangat typo yg ada.. alahh cerita p[anjang panjang pun korang tetap tak kenal. okay sekarang aku dah cerita.. aku nak mandi. hehe 

baik aku beransur dulu sebelum aku dilempar dengan pisang goreng yang dah benyek tuu. hahaha 

byeeeee ! muahh muahhh :*